SEJARAH MASYARAKAT TEMPATAN
DUB1O12 PENGAJIAN MALAYSIA
Ahli Kumpulan
HASNIZA BINTI MOHD RIDUAN (05DPM17F2039)
NURUL SYAFIQAH BINTI JOHIL (05DPM17F2009)
NAJIAH BINTI JAPAR (05DPM17F2021)
TAJUK
ETNIK SARAWAK ( IBAN, MELAYU DAN CINA)
ETNIK SABAH ( KADAZAN DUSUN, BAJAU DAN MURUT)
NAMA PENGARAH,
Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin bin Daud
NAMA PENSYARAH,
Mohamad Bazli Md Radzi
Assalamualaikum w.b.t, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana atas limpah kurnia darinya, kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami dalam mengumpul bahan dan maklumat. Seterusnya tak lupa juga kepada pensyarah saya, Encik Mohamad Bazli Md Radzi yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat dijalankan dengan sempurna. Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu Sejarah masyarakat tempatan iaitu terdiri daripada pelbagai etinik di Sarawak dan Sabah.
Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik. Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang terdiri seperti agama, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri. Kebudayaan pula perlu diiktiraf oleh kamus dewan(2005) sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuaan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang merupakan kebendaan dan kerohaniaan sesuatu masyarakat. Adat resam pula amalan turun temurun nenek moyang.
Jadi terdapat pelbagai kegiatan ekonomi, kepercayaan dan agama, kebudayaan, adat resam dan tempat tinggal di Sarawak dan Sabah yang boleh kita pelajari sebagai rakyat Malaysia. Sekian.
Negeri Sarawak merupakan sebuah wilayah yang kaya dengan hasil buminya. Penduduk sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya termasuklah Melayu ,Iban, Cina , Melanau, Kayan , Kelabit dan sebagainya. Pelbagai kaum ini melahirkan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya yang unik ini menjadikan negeri Sarawak sebuah negeri yang menarik untuk dikunjungi sejak dari dulu sehingga sekarang. Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Oleh itu, sejarah masyarakat tempatan di Sarawak dan Sabah masih dikekalkan dari generasi ke generasi.
Kegiatan Ekonomi
Sarawak dan Sabah merupakan negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semula jadi. Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada bentuk muka bumi, kawasan penempatan dan sumber alam. Kegiatan kaum di Sarawak ialah sara diri. Sebagai contoh, melayu mengamalkan aktiviti menanam padi huma, iban pula memungut hasil hutan, memburu mengunakan sumpitan dan cina berniaga secara kecil-kecilan. Manakala, kaum di Sabah iaitu kadazandusun yang tertumpu di Pantai Barat seperti Kudat, Penampang di Ranau dan Keninggau hidup sebagai petani tradisi. Mereka juga mengamalkan pertanian Swidden dengan menanam padi sawah dan huma, ubi kayu dan tembakau. Sambil menternak haiwan , memburu dan memunggut tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan liar. Contoh peralatan yang digunakan untuk kegiatan ekonomi ialah kisaran, tosung,siud,bangkala, bubu sawak, lukung, gadang dan tawas.
Adat/ Istiadat
Bagi masyarakat yang beragama islam, cara hidup dan adat berasaskan ajaran islam. Bagi masyarakat bukan islam, cara hidup berasaskan warisan turun temurun. Masyarakat bumiputera sarawak mempunyai tuai rumah iaitu bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan. Tuai rumah juga menyelesaikan masalah perkahwinan, penceraian, peraturan dan kepercayaan. Orang iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dipanggil tajau. Orang kayan, kelabit dan kenyah amalkan melukis tatu pada badan. Selain itu, kaum Murut di Sabah pula mempunyai upacara perkahwinan yang diwarisi turun- temuurun iaitu adat ''Barian Sampai Mati''
Kebudayaan
Masyarakat Sarawak memiliki kebudayan yang unik. Antaranya orang Melanau. Sarahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, knai( rokok daun) dan sirih. Sarahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok. Orang iban pula terkenal dengan pesta menuai. Terdapat beberapa jenis Hari Gawai iaitu gawai burung, gawai batu, gawai kenyalang dan gawai antu. Tarian ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi. Orang melayu Sarawak pula terkenal dengan aktiviti bergendang. Hanya kaum lelaki sahaja yang menari dan kaum perempuan pula bermain gendang sambil menyanyi dan pantun. Manakala masyarakat Sabah mempunyai pelbagai tarian. Antara etnik yang terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo- China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan yang mengucapkan kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyembah semangat dan mengubati penyakit. Masyarakat Bajau pula terkenal dengan tarian Brunasai. Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsai. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan muzik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan penari lelaki. Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar.Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna-warni seperti seluar hitam, biru,merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat melayu berpegang kepada kepercyaan agama islam . Iban, Murut, Kelabit, Kenyah dan Kayan mengamalkan kepercayaan Animisme. Sebagai contoh,dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan sampi. Manakala masyarakat kaum Bajau mereka juga percaya kepada jin, iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa. Selain itu, mereka juga percaya kepada konsep" tulah" iaitu malapetaka yang menimpa apabila melanggar adat atau peraturan. Biarpun begitu, kepercayaan begini semakin pupus.
Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai Kemena,Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri-ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan. Manakala orang Melayu tinggal di perkampungan yang menjalankan aktiviti- aktiviti kampung seperti pertanian dan sebagainya. Selain itu, masyarakat suku kaum dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padii sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya.
Kegiatan Ekonomi
Sarawak dan Sabah merupakan negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semula jadi. Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada bentuk muka bumi, kawasan penempatan dan sumber alam. Kegiatan kaum di Sarawak ialah sara diri. Sebagai contoh, melayu mengamalkan aktiviti menanam padi huma, iban pula memungut hasil hutan, memburu mengunakan sumpitan dan cina berniaga secara kecil-kecilan. Manakala, kaum di Sabah iaitu kadazandusun yang tertumpu di Pantai Barat seperti Kudat, Penampang di Ranau dan Keninggau hidup sebagai petani tradisi. Mereka juga mengamalkan pertanian Swidden dengan menanam padi sawah dan huma, ubi kayu dan tembakau. Sambil menternak haiwan , memburu dan memunggut tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan liar. Contoh peralatan yang digunakan untuk kegiatan ekonomi ialah kisaran, tosung,siud,bangkala, bubu sawak, lukung, gadang dan tawas.
Adat/ Istiadat
Bagi masyarakat yang beragama islam, cara hidup dan adat berasaskan ajaran islam. Bagi masyarakat bukan islam, cara hidup berasaskan warisan turun temurun. Masyarakat bumiputera sarawak mempunyai tuai rumah iaitu bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan. Tuai rumah juga menyelesaikan masalah perkahwinan, penceraian, peraturan dan kepercayaan. Orang iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dipanggil tajau. Orang kayan, kelabit dan kenyah amalkan melukis tatu pada badan. Selain itu, kaum Murut di Sabah pula mempunyai upacara perkahwinan yang diwarisi turun- temuurun iaitu adat ''Barian Sampai Mati''
Kebudayaan
Masyarakat Sarawak memiliki kebudayan yang unik. Antaranya orang Melanau. Sarahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, knai( rokok daun) dan sirih. Sarahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok. Orang iban pula terkenal dengan pesta menuai. Terdapat beberapa jenis Hari Gawai iaitu gawai burung, gawai batu, gawai kenyalang dan gawai antu. Tarian ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi. Orang melayu Sarawak pula terkenal dengan aktiviti bergendang. Hanya kaum lelaki sahaja yang menari dan kaum perempuan pula bermain gendang sambil menyanyi dan pantun. Manakala masyarakat Sabah mempunyai pelbagai tarian. Antara etnik yang terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo- China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan yang mengucapkan kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyembah semangat dan mengubati penyakit. Masyarakat Bajau pula terkenal dengan tarian Brunasai. Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsai. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan muzik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan penari lelaki. Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar.Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna-warni seperti seluar hitam, biru,merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat melayu berpegang kepada kepercyaan agama islam . Iban, Murut, Kelabit, Kenyah dan Kayan mengamalkan kepercayaan Animisme. Sebagai contoh,dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan sampi. Manakala masyarakat kaum Bajau mereka juga percaya kepada jin, iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa. Selain itu, mereka juga percaya kepada konsep" tulah" iaitu malapetaka yang menimpa apabila melanggar adat atau peraturan. Biarpun begitu, kepercayaan begini semakin pupus.
Tempat tinggal atau Penempatan
Kesimpulannya, melalui pembudayaan sikap ini secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah terjalin. Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi ilmu.
Comments
Post a Comment